fbpx

Kritikan pedas Agong kepada si tamak kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam disifatkan sebagai satu kritikan tegas terhadap ahli politik yang terlalu ta­makkan kuasa.

Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, ahli politik ketika ini seharusnya bekerjasama dalam memastikan Belanjawan 2021 diluluskan kerana ia penting bagi kelangsungan negara.

Menurutnya, teguran keras dititahkan Al-Sultan Abdullah itu merupakan satu peringatan yang terakhir kepada semua ahli politik yang terlalu mengejar dan tamakkan kuasa sehingga tidak memikirkan nasib penduduk negara ini.

“Mereka langsung tidak memikirkan terhadap apa yang berlaku terhadap masyarakat yang terpaksa bergelut dengan kesusahan akibat daripada kelembapan ekonomi di dalam negara selain penularan Covid-19.

“Walaupun pengisytiharan darurat tidak dipersetujui Al-Sultan Abdullah, namun kritikan agak keras dilontarkan agar (ahli politik) tidak main politik dan menumpukan kepada pembentangan

Belanjawan 2021 sete­rusnya meluluskannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada masa sama, Ahmad Martadha berkata, Al-Sultan Abdullah juga menolak untuk mengisytiharkan darurat kerana percaya dengan keberkesanan langkah diambil kerajaan bagi mengekang Covid-19 seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagainya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Dasar, Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md. Shukri Shuib berkata, ahli politik wajar menunjukkan sifat patriotisme dengan memberi perhatian serius terhadap titah baginda.

“Ketepikan soal kepartian, hentikan gesaan untuk menukar Perdana Menteri dan kerajaan dan sebagainya. Hentikan dahulu dan tunggulah tamatnya mandat.

“Apa salahnya kita berikan ruang dan peluang bagi kerajaan sedia ada untuk bekerjasama de­ngan Yang di-Pertuan Agong untuk mentadbir negara,” katanya.

Tambahnya, Ahli Parlimen yang tarafnya penggubal undang-undang biarpun berada di blok pembangkang perlu memberikan kritikan konstruktif kepada kerajaan sekali gus menonjolkan sisi positif mereka kepada masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI