fbpx

Tergamak belasah warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video pergaduhan yang berlaku di Taman Rekreasi Bandar Baru Sungai Buloh baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Satu video tular membabitkan seorang warga emas dibelasah sehingga berdarah kepala dan pakaiannya terkoyak dalam satu pergaduhan pada 15 Oktober lalu.

Video berdurasi satu minit 22 saat itu memaparkan warga emas tersebut ditumbuk oleh seorang lelaki itu sebelum cuba dileraikan dua orang individu lain di Taman Rekreasi Bandar Baru Sungai Buloh pada pukul 4.50 petang.

Menurut ciapan di akaun Twitter bernama @Raraa890, individu yang memukul warga emas itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).

“Lelaki ini tinggal di area taman juga, suami saya memberitahu lelaki itu mempunyai masalah mental serta mempunyai kad OKU.

“Dia selalu minum bersendirian di kedai dan mengamuk tanpa diduga malah dia hampir melanggar orang melakukan kerja wiring,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter baru-baru ini.

Jelasnya warga emas terbabit tidak mahu melaporkan kepada polis kerana tidak mahu isu tersebut berleretan.

“Minta maaf semua, mangsa, tidak mahu laporkan kepada pihak berkuasa dan tidak mahu panjangkan cerita,” jelasnya.

Difahamkan, mangsa sedang bersenam di kawasan itu dan menegur individu tersebut tidak boleh membawa motor di kawasan itu, kerana tidak puas hati lelaki itu mengamuk, menumbuk mangsa, kemudian mengambil ranting pokok lalu memukul mangsa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI