fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Sekolah tidak boleh tahan sijil, dokumen rasmi pelajar – JPNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menegaskan pihak sekolah tidak dibenarkan menahan sijil atau dokumen rasmi murid atas alasan kegagalan membuat sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengarah JPNS, Khalida Omar berkata, sumbangan PIBG adalah sukarela dan tidak boleh dijadikan syarat dalam sebarang urusan melibatkan murid.

“Pihak kami mengambil maklum berhubung kandungan tular di platform TikTok berkaitan dakwaan penahanan sijil seorang pelajar.
“JPNS memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar lelaki yang meraih 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Senawang di sini didakwa ditahan secara sementara sijil kecemerlangannya dan wang bernilai RM250 susulan yuran PIBG yang tertunggak.

Menurut sepupu pelajar itu, yuran tersebut tertunggak sejak tingkatan satu dan pelajar berkenaan bukanlah daripada keluarga yang senang.

Isu itu turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang meluahkan kekesalan di laman Facebook miliknya dengan tindakan yang diambil dan menyifatkan pihak sekolah perlu ada sifat ihsan dalam membuat pertimbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN