fbpx
Macron (kanan) menyambut ketibaan Prabowo (kiri) sebelum pertemuan mereka di Istana Presiden Elysee di Paris semalam. - AFP 

Indonesia, Perancis perkukuh kerjasama pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama industri pertahanan dengan Perancis, demikian menurut Jakarta hari ini selepas presiden kedua-dua negara bertemu di Paris.

Negara Asia Tenggara tersebut baru sahaja memuktamadkan pakatan pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) dan perjanjian minyak dengan Russia sehari sebelum itu.

Jakarta dalam satu kenyataan berkata, Presiden Prabowo Subianto dihoskan oleh rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron di Istana Elysee semalam, di mana mereka membincangkan tentang pengukuhan kerjasama strategik.

“Ini termasuk pemerolehan peralatan pertahanan dan pengukuhan industri pertahanan,” katanya memetik Perancis sebagai rakan strategik untuk Indonesia di Eropah.

Tambahnya, kedua-dua pemimpin juga bersetuju mengenai kerjasama dalam peralihan tenaga dan pembangunan tenaga baharu dan boleh diperbaharui.

Prabowo bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin di Kremlin kelmarin, sebelum terbang terus dari ibu negara, Moscow ke Paris.

“Bersama Putin, beliau telah membincangkan pengukuhan perkongsian strategik mereka, terutamanya dalam sektor tenaga, sumber mineral dan pembangunan perindustrian negara,” kata Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya.

Kelmarin, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth bertemu dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin serta mengumumkan Perkongsian Kerjasama Pertahanan Utama.

Prabowo yang baru-baru ini mengembara ke Korea Selatan dan Jepun, telah mewajarkan lawatannya ke luar negara.

“Saudara dan saudari, ini untuk mendapatkan minyak, saya perlu pergi ke mana-mana,” katanya dalam ucapan kepada kabinetnya bulan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN