fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa beberapa negeri hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Bentong dan Bera di Pahang dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Kanowit), Mukah dan Kapit (Song).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN