fbpx
Dr. Muhammad Akmal

‘Sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan perangai sebenar mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan segelintir pihak memperlekeh dan ‘melawan’ titah institusi diraja mencerminkan perangai sebenar mereka.

Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa kerjasama dengan pihak yang menderhaka itu perlu dihentikan.

“Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya apabila sedikit demi sedikit Allah tunjukkan perangai sebenar mereka. Cukup-cukuplah kita nak bekerjasama dengan mereka ini Kalau titah Sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi,apa lagi yang lain,” kata di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Muhammad Akmal menyeru seluruh kepimpinan parti itu untuk bergerak solo di semua Pilhan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Keputusan di Johor wajib untuk dilaksanakan ke semua negeri,” tegasnya.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Johor mengesahkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang bagi mempertahankan mandat serta meneruskan agenda pembangunan negeri.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat, suara akar umbi UMNO serta hasil perbincangan bersama pucuk pimpinan parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN