fbpx
BAHRIN (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada 7,584 botol arak tanpa cukai yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kluang hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM/ KOSMO!

Lelaki ‘kantoi’ jual arak lorong belakang kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Taktik seorang lelaki menjual minuman keras tanpa cukai secara sembunyi di lorong belakang bangunan kedai di Taman Delima di sini terbongkar apabila dia diberkas dalam satu serbuan polis, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, serbuan kira-kira pukul 4.35 petang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kluang berjaya menahan lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 3,792 botol arak tidak bercukai yang disimpan dalam 158 kotak berwarna kuning.

“Turut dirampas 3,792 botol arak dalam 158 kotak berwarna merah dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM75,000,” katanya ketika pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.

Tambahnya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 131(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan kenderaan tanpa lesen sah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN