PETALING JAYA – “April pun tak nak kalah dengan Januari ye? Panjang benar tak habis-habis ni…”
Itu luahan ringkas, namun sarat dengan ‘luahan’ hati seorang wanita yang menyifatkan bulan April terasa begitu lama untuk dilalui.
Menggunakan profil @S.renaie di media sosial, bagaimanapun hantarannya itu tidak dapat dipastikan apakah perasaan yang dilaluinya itu disebabkan tarikh menerima gaji masih jauh, atau pun kerana April tiada cuti umum.
Ia sekali gus meraih perhatian orang ramai yang menjadikan perkongsian tersebut sebagai tempat meluahkan perasaan serupa, malah ada yang cuba meneka maksud hantaran tersebut.
“Lambat lagi ke Mei? Gaji dah habis ni,” ujar @T.surayaa.
“Rasa macam lama betul kan April. Hari ni baru 14 haribulan ye,” luah pengguna lain.
“Ya tak ya juga. Dah la tak ada cuti umum,” komen @Nurfarahainrosli. – KOSMO! ONLINE














