fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan Abbe Hae memaparkan pasangan suami isteri, J dan Melissa turut yang turut membantu warga emas berkenaan.

Pak Yunus penghuni hentian bas akhirnya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas hampir dua minggu menjadi ‘penghuni’ sebuah perhentian bas dipercayai di ibu negara, seorang warga emas dikenali sebagai Pak Yunus akhirnya diselamatkan, hari ini.

Menerusi perkongsian Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau Abbe Hae, misi tersebut turut disertai pasukannya bersama beberapa agensi kerajaan.

Terdahulu, dalam perkongsiannya di media sosial semalam, lelaki berusia 70 tahun tersebut dilihat terbaring lesu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada Abbe Hae serta beberapa individu lain.

Turut dilihat berada di lokasi tersebut ialah pasangan suami isteri berbangsa Cina dikenali J dan Melissa. Pasangan itu memaklumkan, mereka akan memberikan makanan dan minuman kepada lelaki terbabit setiap kali melalui jalan tersebut.

“Abbe dimaklumkan kes ini oleh seorang pengguna media sosial bernama Zie. Malam tadi (semalam) Abbe bergegas ke lokasi dengan rakan-rakan dari Chow Kit.

“10 minit kemudian, sebuah kereta berhenti dan keluar pasangan suami isteri memberikan pakaian kepada lelaki ini.  Mereka kata hanya itu yang mampu dilakukan dan turut melaporkan kepada polis, namun ini bukan kes polis,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih sokongan dan pujian daripada orang ramai, malah ada yang memuji keprihatinan pasangan suami isteri tersebut.

“Terima kasih Hea, Melissa dan suami. Orang baik akan dibalas baik. Semoga esok ada keceriaan buat pak cik,” kata @Wswl Wan Salmi.

“Terima kasih bertemu orang baik-baik tak kira bangsa tolong orang dalam kesusahan,” komen @Chesu Jamaludin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN