fbpx

Semua sesi persekolahan JAIS di daerah Petaling ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Semua sesi persekolahan di bawah kelolaan dan kawalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling ditangguhkan mulai esok hingga 25 Oktober depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu berdasarkan peningkatan penularan kes Covid-19 di daerah tersebut.

Katanya, langkah tersebut juga demi menjaga kemaslahatan para pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat umum.

“Sepanjang tempoh penangguhan aktiviti persekolahan bersemuka ini, semua pengetua, guru besar dan ketua guru hendak memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Penangguhan ini akan terus berkuatkuasa sehingga terdapat arahan lain terbaharu daripada JAIS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan JAIS sentiasa memantau situasi di Selangor dan sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdahulu, KPM dalam kenyataan turut memaklumkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling, Selangor ditutup mulai esok hingga 25 Oktober depan berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Jumlah itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI