fbpx

Mahadi Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHADI (tengah) menerima surat pelantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13 daripada Annuar kiri pada Majlis Serah Tugas di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang tamat perkhidmatan pada 30 September lalu.

Mahadi yang berkelulusan ijazah dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah akan menggalas tugas berkenaan untuk tempoh dua tahun bermula hari ini.

Anak jati Kuala Terengganu ini memulakan kerjaya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada April 1983 sebelum bersara wajib pada September 2019.

Bagaimanapun, atas kepimpinan beliau sebelum ini yang pernah menerajui DBKL selama 36 tahun, Mahadi telah diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13.

Mahadi pada sidang akhbar berkata, fokus awalnya sebagai Datuk Bandar adalah untuk menyelesaikan tiga perkara yang sering membelenggu warga kota.

“Pertama adalah berkaitan banjir kilat, kedua, masalah kesesakan lalu lintas dan yang ketiga berkenaan urus tadbir ibu kota.

“Ini adalah tiga perkara yang menjadi fokus awal saya selain daripada beberapa perkara yang telah dibangkit oleh Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini,”katanya pada Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI