fbpx
AHMAD mendedahkan bahawa STL 2020 mungkin boleh dilangsungkan di kawan zon hijau seperti di Kelantan.

Sepak takraw diperkasakan jika jadi sukan teras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail yakin sekiranya sukan tradisi negara itu kembali dalam program sukan teras dapat diperkasakan kembali pada tahap lebih baik.

Ahmad menegaskan, selepas sepak takraw digugurkan daripada sukan teras, ia menjejaskan perancangan pembangunan sukan itu.

Katanya, jika dikembalikan sebagai sukan teras, maka PSM dapat memperkasakan sukan itu di peringkat akar umbi menerusi penubuhan semula Pusat Latihan Negeri dan Pusat Latihan Daerah.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kelmarin menimbang secara serius untuk mengembalikan sukan sepak takraw sebagai sukan teras negara.

“Sudah pasti jurulatih-jurulatih sepak takraw, peminat-peminat di seluruh negara gembira dengan jaminan oleh KBS untuk meletakkan semula ia dalam teras sukan negara.

“Saya tidak tahu kenapa sukan takraw ini dikeluarkan dari­pada sukan teras. Maaf cakap, sehingga hari ini saya tidak terima sebarang jawapan atau sebab sukan ini digugurkan.

“Saya yakin Pusat Latihan Negeri, Pusat Latihan Daerah dan Latihan Sekolah akan diwujudkan semula

“Saya harap KBS dapat mempertimbangkan semula harapan PSM ini,” katanya kepada pemberita di Stadium Titiwangasa kelmarin.

Pada 2017, sukan sepak takraw menerima tamparan hebat apabila digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain angkat berat dan taekwondo yang menerima nasib yang sama.

POPULAR