fbpx

Bot nelayan Vietnam langgar KM Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (kanan) menunjukkan sebahagian daripada setan hasil laut yang dirampas daripada dua bot nelayan Vietnam ditahan APMM semalam.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Kapal Maritim (KM) Tok Bali berhadapan tindakan agresif daripada bot nelayan Vietnam yang cuba ditahan pada kedudukan 76 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.00 pagi itu, sebuah daripada dua bot nelayan asing berkenaan bertindak melanggar KM Tok Bali milik Maritim Malaysia (APMM) bagi tujuan melepaskan diri daripada ditahan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali Ramli berkata, KM Tok Bali bagaimanapun berjaya menahan kedua-dua bot nelayan Vietnam itu selepas hampir sejam mengejarnya.

“Seramai 25 awak-awak dan tekong warga Vietnam kedua-dua bot yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 50 tahun berjaya ditahan.

“Satu metrik tan ikan, 2,000 liter minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan dua bot yang dianggarkan bernilai kira-kira RM 3 juta turut dirampas,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Ariffin berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah.

Menurut beliau, kedua-dua bot nelayan berkenaan juga tidak memiliki lesen sah untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

“Setakat ini, sebanyak 48 bot nelayan Vietnam yang disyaki perairan Terengganu sejak 10 Jun lalu melibatkan penangkapan 542 nelayan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI