BUKAN kali pertama dia menukar warna rambut tetapi kali ini peminat kata aura yang berbeza.
Itu antara komen yang membanjiri hantaran TikTok milik Que Haidar baru-baru ini selepas muncul dengan imej terbaharu, berambut ‘blonde’.
Kali ini, auranya berbeza betul dengan awal tahun lalu, kata peminat, lebih kacak dan wajah nampak berseri-seri.
Mungkin juga sebab hati pun sedang bahagia tetapi mungkin juga untuk watak baharu, siapa tahu.
Rata-rata peminat mahu Que kekalkan rambut ‘blonde’ tersebut kerana dikatakan lebih sesuai berbanding warna hitam.
“Jangan tukar lagi warna rambut itu, ini barulah macho!
“Que Haidar kembali, kali ini lebih kuat ya!” pesan peminatnya.
Tapi Diva masih tertanya-tanya tentang status hubungan dengan Fazura, sedang menyulam kasih ke?
DIVA: Berseri-seri betul Amira Othman sepanjang tempoh kehamilan anak sulung.














