fbpx
PENGUATKUASA melakukan pemeriksaan ke atas warga asing di sebuah medan selera di sekitar Johor Bahru bagi membanteras kebanjiran PATI yang bekerja 'haram' di negara ini.-Foto IHSAN IMIGRESEN

72 tukang masak, pelayan diberkas bekerja ‘haram’ di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 72 warga asing diberkas selepas disyaki bekerja di kedai makan dan restoran secara ‘haram’ tanpa permit sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial sekitar daerah ini.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) iti diberkas dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan bermula pada 8 malam, Jumaat lalu hasil kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah JKDM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing terbabit bekerja sebagai pelayan restoran dan tukang masak tanpa pas kerja yang sah, malah ada yang menyalahgunakan kemudahan pas lawatan sosial bagi mencari rezeki di negara ini.

“Operasi dijalankan serentak di beberapa premis dan berjaya mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang imigresen melibatkan pekerja asing.

“Tiada kompromi diberikan sama ada kepada pekerja mahupun majikan yang didapati melanggar peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, daripada 72 individu yang ditahan, seramai 40 adalah warga Vietnam termasuk 37 wanita, diikuti 14 warga Indonesia, 17 warga Myanmar dan seorang wanita warga China.

Kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 46 tahun kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut mengeluarkan lima saman saksi bagi membantu siasatan lanjut terhadap premis yang dipercayai terlibat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN