fbpx
Ozlynn Wati kekal dengan pendirian tidak memberi baju sebelum berhijrah kepada wanita lain.

Tak jual baju seksi, takut panjang jadi ‘saham’ akhirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pelakon Ozlynn Wati sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan prinsip hidup cukup mengesankan. 

Dalam dunia serba materialistik, Ozlynn memilih jalan berbeza, enggan menjual semula pakaian tidak menepati syariat walaupun bernilai tinggi. 

Bukan kerana tidak mahu untung, tetapi takut setiap helaian itu menjadi ‘saham’ berpanjangan di akhirat kelak.

Netizen terus membanjiri ruangan komen dengan pujian dengan menyifatkan perubahan isteri kepada pelawak Johan itu semakin jelas, lebih matang, berhati-hati dan  sedar arah hidup.

Ada juga mengingatkan agar tidak mudah menghukum masa lalu seseorang. Namun, Diva tersenyum sinis membaca ragam netizen, hari ini disanjung setinggi langit, esok silap kecil habis dimaki tanpa belas. 

DIVA: Malas nak layan ‘tantrum’ seorang pempengaruh Singapura. Banyak benda lain nak buat.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN