fbpx
HEBAT dalam lakonan, 4 selebriti, Hawa Rizwana, Trisha Ooi, Farali dan Ahirinie ini bukan hanya cantik bahkan 'perkasa' fizikal dan mental menyahut cabaran bermain sukan lasak demi kepuasan dan kecintaan peribadi.

4 selebriti cantik ‘perkasa’ terjah gelanggang lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS maraton dan ironman, kini kegilaan pencinta aktiviti kecergasan beralih pula kepada sukan Hyrox yang memerlukan peserta berlari sejauh lapan kilometer dan menyempurnakan cabaran di lapan stesen secara berselang-seli.

Golongan selebriti tidak terkecuali menyahut cabaran itu sehingga sanggup melakukan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal yang turut membawa mereka ke perlumbaan di luar negara.

Seperti biasa, personaliti lelaki tampak mendominasi sukan kebanyakan ekstrem terutama selepas mereka banyak berkongsi latihan serta persediaan intensif.

Begitupun, beberapa artis wanita hakikatnya tidak kurang hebat apabila sudah berkecimpung dalam sukan lasak sebelum terjun ke industri hiburan.

Gala minggu ini menampilkan selebriti wanita yang bukan calang-calang kekuatan mental serta fizikal mereka dalam arena sukan berisiko itu.

Trisha Ooi

Bermula dengan kerja-kerja di belakang tabir, pelakon Trisha Ooi meraih kepercayaan membawakan aksi lasak sekali gus membuka ruang untuknya melakarkan nama dalam arena lakonan.

Bintang berusia 25 tahun itu mempunyai kelebihan dari segi skil pertarungan yang diakui merupakan minatnya sejak kecil. Biarpun tidak lagi menjadi stunt double selepas banyak memegang watak utama, cinta terhadap aktiviti lasak tetap membara.

Pelakon filem Nar’sata: Sekutu Setan itu turut berjinak-jinak dengan sukan tinju, malah mendapat bimbingan jurulatih profesional. Pemilik nama Reyshqa Aqiera Mohd. Nasron Ooi itu juga melakar sejarah peribadi apabila meraih kemenangan dalam kejohanan tinju antarabangsa, All Star Championship: Dubai Edition di Dubai pada Mei lalu.

Hawa Rizwana

Kecil-kecil cili padi. Pelakon juga pengacara, Hawa Rizwana turut membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup sihat apabila sejak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki gunung. Hobi selam skuba pula membawanya ke destinasi menarik sehingga ke Pulau Weh Sabang, Aceh.

Tampak lemah lembut, hakikatnya Hawa mempunyai semangat juang tinggi apabila mampu menawan Gunung Kinabalu sebanyak dua kali dengan April lalu menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia iaitu laluan ekstrem menuruni dinding curam gunung berkenaan.

Malah, personaliti televisyen itu bersama rakannya berjaya menyempurnakan cabaran Hyrox Incheon, Korea Selatan pada Mei lalu dengan catatan masa 2 jam 22 minit 35 saat. Pada 5 Julai lalu Hawa yang turut aktif dalam sukan berbasikal, kickboxing juga menyertai acara marathon yang berlangsung di Gold Coast, Australia baru-baru ini.

Farali Khan

Lebih dahulu membina nama di Indonesia, aktres berdarah campuran, Farali Khan antara selebriti yang menggemari sukan bela diri termasuk muay Thai.

Sukan lain yang turut kerap dikongsikan di media sosialnya adalah tinju juga dianggap sebagai aktiviti yang boleh ‘menyempurnakan’ diri seseorang. Minat terhadap seni mempertahankan diri bukan sekadar hobi apabila ramai penerbit turut mengamanahkannya membawakan karakter wanita tangkas beraksi dalam drama mahupun filem.

Bahkan, disiplin serta latihan pelakon War On Terror: KL Anarki itu di luar skrin terutama di gimnasium turut dipuji ramai yang teruja melihat kesungguhannya berlatih. Farali turut menggemari pelbagai sukan ekstrem lain seperti kite surfing, menyelam serta mendaki gunung.

Ahirine Ahirudin

Sinonim dengan sukan permotoran, Ahirine Ahirudin juga pelakon dan pengacara itu tidak gentar mengikuti perlumbaan membabitkan jentera dua roda itu. Baginya sukan yang berdepan risiko tinggi itu memberikan kepuasan tersendiri didorong minat mendalam serta sukakan cabaran.

Bahkan minat tersebut juga membawanya menunjukkan skil kemahiran di layar perak dengan melakukan stunt berbahaya. Melaksanakan lagak ngeri sendiri termasuk bagi filem Remp-It 1, siri The Bridge dan Gol & Gincu, wanita berusia 30 tahun itu menegaskan fokus serta latihan jitu mampu mengurangkan risiko kemalangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN