fbpx
JERMAN dibanjiri kumpulan pemain di bahagian serangan yang cukup ramai sekali gus menyukarkan Nagelsmann memilih kesebelasan terbaik. - AFP

Piala Dunia: Senarai penyerang buat Nagelsmann ‘pening’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Jerman memiliki senarai penyerang yang serba serbi lengkap dan mampu menghadirkan masalah besar buat pengendali pasukan, Julian Nagelsmann untuk membuat pilihan terbaik bagi mengharungi Piala Dunia 2026.

Pendapat itu disuarakan sendiri oleh bintang sensasinya, Kai Havertz yang merasakan skuad Die Mannschaft kini menghadapi ‘masalah besar’ memandangkan semua pemain dipanggil nyata memiliki kualiti tersendiri.

Havertz berpendapat, skuad kebangsaan Jerman kini cukup mewah dengan pemain berbakat di jentera serangan sekali gus beri banyak pilihan buat pengendali pasukan membuat perancangan terbaik.

“Pastinya keadaan ini ‘masalah’ yang bagus buat pasukan kerana ada ramai pemain yang memiliki kualiti berbanding jika kami kekurangan,” katanya.

Havertz turut berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menjaringkan tujuh gol dalam 24 penampilan terakhir bersama Arsenal termasuk ketika aksi final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain, Ahad lalu.

Deniz Undav menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika Jerman menang 4-0 ke atas Finland, malah Nagelsmann turut memanggil beberapa lagi nama besar seperti Leroy Sane, Jamie Leweling, Nick Woltemade, Maximilian Beier dan Lennart Karl

“Terdapat kepelbagaian dan kami perlukan semua pemain yang boleh bermain di posisi berbeza. Tiada siapa pun rasa takut hilang tempat kerana kami perlu berfungsi sebagai satu pasukan dan pasukan juga memerlukan semua orang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN