fbpx
BINDER melakar kejutan musim ini apabila muncul sebagai juara pada GP Republik Czech sebelum ini. – AFP

Binder enggan terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MISANO – Pelumba rookie Red Bull KTM, Brad Binder tidak ter­buru-buru mengenai soal pere­butan gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) meskipun dia kini berjaya menduduki tangga keempat keseluruhan selepas lima perlumbaan.

Pelumba Afrika Selatan itu melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulung dalam kelas premier di Grand Prix (GP) Republik Czech 2020 sekali gus kini mengumpul 49 mata dan hanya dipisahkan 21 mata dengan Fabio Quartararo yang mendahului carta­ kedudukan pelumba ketika ini.

KTM dijangka melakukan kejutan sekali lagi menjelang perlumbaan di GP San Marino pada hujung minggu ini apabila mereka­ memiliki data baharu selepas menjalani sesi ujian tertutup di litar tersebut baru-baru ini.

“Bagi saya ketika ini adalah memberikan fokus perlumbaan demi perlumbaan dan tidak terlalu memikirkan mengenai gelaran dunia. Saya akan lakukan sebaik yang mungkin pada setiap pusingan.

“Perlumbaan musim ini bagi saya tidak masuk akal kerana pelumba yang berbeza berada di podium pada setiap minggu. Ada pelumba yang gagal dan ada yang mempamerkan aksi yang cukup luar biasa.

“Keadaan itu membuka ruang kepada pasukan lain untuk menjuarai saingan. MotoGP musim ini sangat mencabar terutama awal perlumbaan menyebabkan ia menarik untuk disaksikan,” kata juara dunia 2013 dalam kelas Moto3.

Dalam pada itu, Binder me­ngakui dalam debut di kelas premier dia perlu cepat memahami keadaan litar dan bersaing de­ngan pelumba berpengalaman sebelum memikirkan soal gela­ran dunia.

“Setiap kali saya turun ke litar baharu ia memberi cabaran kepada saya untuk mendapatkan tunggangan yang terbaik bersama jentera. Ini tahun pertama saya dan sudah pasti ia saya perlukan masa untuk dapatkan hasil yang terbaik.

“Saya akui berada di kedudukan keempat ketika ini merupakan pencapaian terbaik tetapi saya perlu kekalkan tunggangan terbaik untuk berada di tangga teratas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN