fbpx

Susur masuk Bangi ke Kajang ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Jalan susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan ditutup kepada lalu lintas hingga 8 September ini.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya hari ini berkata, penutupan jalan tersebut dilakukan bagi menyiapkan kerja-kerja memotong pokok besar di sepanjang laluan itu.

“Pengguna dari arah selatan/Bangi yang menuju ke Kajang dinasihat menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM).

“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papan tanda dan arahan disediakan,” menurut kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI