fbpx

Selangor sedia lulus tapak balai bomba baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kiri) bertanya khabar kepada Mohd. Fakhrul Munir ketika Pegawai Bomba itu tiba di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Selangor, Bukit Jelutong di sini hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan kelulusan permohonan pembinaan balai bomba baharu ekoran pertambahan lokaliti di sesebuah kawasan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bagi mengurangkan tekanan (sesuatu kes) pada sesebuah balai bomba di negeri ini.

“Kerajaan negeri tiada masalah meluluskan permohonannya dan sedang berusaha mengenai tapak-tapak balai tersebut.

“Saya melihat ini sebagai satu keperluan dan taklimat dengan pihak bomba juga sudah diadakan sebelum ini.

“Bidang kuasa kerajaan negeri dalam memastikan tapak dan lokaliti yang sesuai termasuk memberikan kos yang sebaiknya kepada urusan tanah mereka, urusan selanjutnya bergantung kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah balai baharu yang akan dibina nanti.

Terdahulu, beliau menyempurnakan program sumbangan dan menyambut ketibaan Pegawai Bomba, Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa yang membuat kayuhan secara solo di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, di sini.

Pada majlis itu juga, Amirudin turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 kepada Tabung Kebajikan Anggota Bomba bagi membantu anggota dan keluarga yang memerlukan.

Untuk rekod, Mohd. Fakhrul Munir yang juga Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu membuat kayuhan secara solo sempena merdeka bagi mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.

Setakat ini, Mohd. Fakhrul Munir telah melalui 60 Balai Bomba dan Penyelamat serta berbaki tiga lagi balai iaitu Shah Alam, Puchong dan dijangka berakhir di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Dia dijangka menghabiskan kayuhan mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,020 kilometer (km). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI