fbpx

Padah bawa bot pancing tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM menahan sebuah bot pancing tidak nombor pendaftaran yang dinaiki lima pemancing tempatan di kedudukan 1.5 batu nautika timur Batu Maung di sini semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pancing yang tidak memiliki nombor pendaftaran pada kedudukan 1.5 batu nautika timur Batu Maung di sini semalam.

Penahanan bot tempatan itu dijalankan anggota bot peronda semasa menjalankan rondaan Op Benteng Laut di sekitar perairan negeri ini kira-kira pukul 3.15 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati seramai lima pemancing tempatan berada di atas bot terbabit.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 474(1) iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal mengemukakan dokumen insurans.

“Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Hamizan memberitahu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Pulau Pinang.

Justeru tambahnya, sekiranya terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak APMM melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang ditalian: 04-2626146 atau 04-264 3650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI