fbpx
Gambar hiasan.

‘Mandi hujan’ petang di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat di Kedah ialah Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

“Di Pulau Pinang, amaran cuaca buruk itu melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di Terengganu membabitkan daerah Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan di Johor, kawasan yang terjejas ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN