fbpx

Ibrahimovic mahu €1 juta lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIMOVIC masih lagi mampu menampilkan prestasi terbaik sehingga membuatkan Milan terdesak mahu mengekalkan khidmatnya meskipun dia sudah menjangkau usia 39 tahun. – AFP

MILAN – AC Milan dilaporkan hanya kekurangan €1 juta (RM4.94 juta) untuk memeterai perjanjian baharu dengan penye­rang veteran pasukan itu, Zlatan Ibrahimovic.

The Rossonneri dilihat terde­sak untuk mengekalkan Ibrahimovic di Stadium San Siro kerana daya kepimpinan dan impak yang ada dalam diri penyerang sensasi itu meskipun kini sudah berusia 39 tahun.

Bagi Milan, usia bukan satu penghalang kerana bekas kap­ten Sweden itu telah membuktikan dengan 11 gol daripada 18 perlawanan Serie A sehingga berjaya membantu Milan layak ke pentas Liga Europa musim depan.

Disebabkan itu, kedua-dua pihak dikatakan sedang berunding untuk mencapai kata sepakat dengan Ibrahimovic dilaporkan mahu Milan membayar harga €7.5 juta (RM37.05) jika mahu dia kekal bersama kelab tersebut.

Difahamkan, Milan sudah bersetuju untuk menawarkan bekas penyerang Barcelona itu sebanyak €5 juta (RM24.70) termasuk bonus dan kini cuma kekurangan €1 juta (RM4.94 juta) lagi untuk melengkapkan perjanjian berkenaan.

Milan pula masih perlu menggunakan dana sedia ada untuk membeli pemain lain seperti Tiemoue Bakayoko yang dianggarkan bernilai €25 juta (RM123.5 juta) oleh Chelsea.

Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli merasakan kehadiran Bakayoko mampu membantu pasukan itu meraih keputusan lebih cemerlang memandangkan dia pernah beraksi secara pinjaman dengan The Rossoneri pada musim 2018-2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI