fbpx

Menetap ‘homestay’ sebelum pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZULKHAIRI (tengah) menunjukkan barang rampasan dan wang tunai hasil penahanan sindiket pecah rumah di IPD Iskandar Puteri hari ini. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Taktik sebuah sindiket menyamar sebagai pelanggan rumah inap desa (homestay) di kawasan perumahan mewah untuk melakukan kegiatan pecah rumah terbongkar apabila polis berjaya menahan enam suspek terlibat kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 24 hingga 41 tahun.

Katanya, mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan dijalankan pihaknya di sekitar Johor Bahru.

“Pada 3 Ogos lalu, polis terima aduan pecah rumah di kawasan perumahan Horizon Hills melibatkan sebuah kediaman yang kosong kerana pemilik masih berada di Singapura sejak Mei lalu.

“Pemeriksaan dibuat mendapati suspek memasuki kediaman berkenaan dengan mengumpil pintu depan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini hari ini.

Katanya, kerugian dianggarkan bernilai RM180,000 membabitkan sejumlah wang tunai, barang kemas, beg berjenama dan seunit kamera.

Kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI