fbpx

KPM kaji pemakaian pelitup muka di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka di sekolah masih belum diwajibkan buat masa ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, pihaknya namun sedang meneliti perkara itu dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah, tetapi ia belum diwajibkan.

“Kita dalam berbincangan dengan pelbagai pihak untuk melihat tentang kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang mahu tahu sama ada pemakaian pelitup muka diwajibkan di sekolah.

Pembangkang sebelum ini menggesa kerajaan memberi pelitup muka guna semula kepada setiap pelajar sekolah.

Gesaan itu dibuat sebagai satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI