fbpx
Lelaki itu ditenangkan anggota bomba di lokasi kejadian.

Bomba patahkan cubaan lelaki bunuh diri

  • Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
  • 1 Ogos 2020, 12:23 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Anggota bomba menggunakan teknik rapelling untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah flat di Cheras di sini awal pagi tadi berjaya digagalkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dengan dibantu pihak polis.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa L. Logeswaran berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebanyak tiga buah jentera bersama 20 orang anggota telah dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak serta Jalan Hang Tuah.

“Setibanya di lokasi, kami dapati ada seorang lelaki sedang mengamuk sambil memegang senjata tajam di di bahagian koridor rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Logeswaran, cubaan lelaki berusia 28 tahun itu untuk terjun dari tingkat lima flat berkenaan bagaimanapun berjaya dipatahkan anggota bomba dengan menggunakan teknik ‘rapelling’ iaitu menurunkan dua anggota dari atas bumbung flat kemudian menutup pintu utama di koridor.

“Pihak polis kemudiannya merempuh masuk ke dalam rumah dengan memecahkan pindu hadapan.

“Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 7.04 pagi,” katanya. – K! ONLINE