fbpx

Kaedah terbuka solat sunat AidilAdha kecuali di Masjid Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Kaedah jemaah secara terbuka atau first come first serve digunakan bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidiladha di semua masjid dan surau di Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan perlaksanaan dilakukan selepas mendapat perkenanan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kehadiran jemaah adalah sehingga kapasiti sebenar ruang solat dipenuhi dengan mengamalkan
penjarakan sosial 1.5 meter.

“Bagaimanapun, kaedah itu tidak dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) yang menggunakan E-Pass.

“Bagi kehadiran jemaah muslimat (wanita), kebenaran hanya dibenarkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dengan had jemaah seramai 220 orang manakala Masjid Diraja Raja Haji FiSabilillah, Cyberjaya pula dengan had jemaah muslimah seramai 250 orang yang masing-masing di di ruang solat khas muslimat,” katanya.

JAIS turut memberitahu, solat sunat Aidiladha bagi semua masjid dan surau adalah pada pukul
8.00 pagi.

Sehubungan itu, jemaah dinasihatkan kekal berdisplin dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti berada dalam keadaan berwudhuk dari rumah, memakai topeng pelitup muka ’face mask’.
membawa sejadah sendiri, sihat dan tidak bergejala serta tidak berjabat tangan di kalangan jemaah.

Dalam perkembangan berlainan, JAIS menegaskan pelaksanaan ibadah korban hanya akan dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), masjid daerah, masjid Diraja, masjid naik taraf, masjid institusi dan masjid-masjid kariah atau tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pihak masjid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI