fbpx

Gerai burger jadi stor rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis rokok tidak bercukai dirampas di sebuah gerai burger di Jalan Cungah, Klang kelmarin.

KUALA LUMPUR – Taktik licik sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai yang menjadikan sebuah gerai burger di Jalan Cungah, Klang sebagai tempat penyimpanan terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, kelmarin.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih dilakukan selepas menahan tiga lelaki tempatan di sebuah kawasan di Jalan Cunggah kira-kira pukul 4.30 petang.

Pegawai Pemerintah, Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, hasil siasatan ke atas ketiga-tiga suspek berusia 57 hingga 65 tahun itu, anggota kemudiannya telah ke sebuah gerai burger.

“Pemeriksaan lanjut di gerai terbabit telah menemui 194 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM37,999.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Wira, tiga buah telefon bimbit dan wang tunai RM2,770. Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM49,369,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan tersebut, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai sekitar daerah Klang.

Tambahnya, kesemua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI