fbpx

Penunggang maut motosikal rempuh belakang kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG motosikal berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di BORR, Bagan Ajam, Seberang Perai awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer 6.7 Labuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Muhazzab Mohd. Kamarul Baharin, 17, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda Civic dari arah Perai menuju ke Sungai Dua dirempuh dari arah belakang oleh motosikal jenis Yamaha 125ZR.

“Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu kereta berwarna kelabu berusia 23 tahun itu memandu di lorong tengah lebuh raya tiga lorong sehala tersebut.

“Lalu datang motosikal berwarna hitam ditunggangi mangsa dari arah belakang telah melanggar belakang kereta sehingga menyebabkan dia terjatuh di atas jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk urusan bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI