fbpx
Nurkhaeryna Dhania sebak sewaktu ditemui di pekarangan Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu malam ini.

‘Suami janji mahu teman saya masa berpantang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang sedang sarat hamil ditimpa ujian besar apabila suaminya disahkan salah seorang daripada tiga pekerja pelantar minyak yang maut dalam kemalangan di perairan Terengganu dekat sini hari ini.

Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, yang sedang hamil tujuh bulan berkata, hatinya luluh apabila dimaklumkan kemalangan menimpa suaminya, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, tersebut pada pukul 4 petang tadi.

“Wakil syarikat cuma memberitahu suami saya (Muhammad Faezuan Hakim) terlibat kemalangan, namun mendapat tahu dia sudah ‘tiada’ setelah menghubungi rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini malam ini.

Nurkhaeryna Dhania Azreen berkata, dia baru berhubung dengan suaminya menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 7 pagi tadi.

Dia yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata, suaminya, Muhammad Faezuan Hakim memberitahu tidak sabar untuk pulang ke rumah pada 1 Jun depan untuk bertemunya.

“Dia (Muhammad Faezuan Hakim) selalu memberitahu mahu mengumpul cuti untuk menemani saya sepanjang berpantang melahirkan anak nanti,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Faezuan Hakim antara tiga pekerja pelantar minyak yang maut manakala seorang lagi cedera setelah bot yang mereka naiki dalam latihan pemindahan kecemasan terlibat dalam kemalangan di perairan Terengganu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN