fbpx
SALAH sebuah kenderaan berat yang berada di lorong kanan di Jalan Labohan Dagang-Nilai, Sepang baru-baru ini.

Luahan Pembaca: ‘Setiap kali berselisih rasa takut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya merupakan salah seorang pengguna Jalan Labohan Dagang-Nilai di Sepang, Selangor, sama ada untuk ke tempat kerja atau pun atas urusan peribadi.

Setiap kali melalui laluan berkenaan terutamanya pada sebelah pagi, pasti bertemu dengan kenderaan berat termasuk lori yang dipandu laju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan lain.

Apa yang lebih menakutkan, ada segelintir pemandu kenderaan berat berkenaan memandu di lorong kanan tanpa rasa bersalah seolah-olah ingin menunjukkan mereka adalah raja di jalan raya menyebabkan kenderaan lain yang lebih kecil terpaksa mengalah dan ketepi.

Setiap kali berselisih atau beriringan dengan kenderaan berat, perasaan takut dan berdebar menyelebungi diri. Sebagai pemandu kenderaan kecil, sememangnya kami terpaksa mengalah apabila bertembung dengan lori-lori ini.

Saya percaya ramai lagi pengguna Jalan Labohan Gadang-Nilai terutama yang menghala ke Kota Warisan dan Putrajaya berasa cemas setiap kali berdepan dengan kenderaan berat yang dipandu pada kelajuan tinggi.

Mungkin ada sebahagian daripada pemandu kenderaan berat itu mahu mengejar trip bagi mendapatkan upah yang lebih, tetapi keselamatan dan nyawa pengguna lain bukan menjadi galang ganti jika berlaku kemalangan maut.

Justeru, saya meminta pihak berkuasa agar lebih kerap memantau pergerakan kenderaan berat di kawasan berkenaan sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Mereka mungkin berani bertindak sedemikian disebabkan kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa selama ini.

Pemandu berhemah
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN