fbpx
Keadaan sebuah lori yang terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda lebuh raya di KM297.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban hari ini.

Dua lelaki cedera, lori bawa 5 lembu ke Kelantan terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pemandu dan penumpang lelaki cedera apabila lori yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 297.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.02 pagi itu, pemandu berusia 18 tahun bersama penumpang berusia 41 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki, dada dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan sebanyak lima ekor lembu.

“Semasa kejadian lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menghala ke Kelantan. Pemandu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan telah melanggar tiang papan tanda lebuh raya.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN