fbpx
Skuad TFC sudah mulakan sesi latihan pramusim dibawah kendalian Nafuzi Zain, awal minggu ini. - Foto ihsan TFC

Liga Super: Skuad TFC lengkap minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) bakal melengkapkan skuad bagi menghadapi musim hadapan dengan kemasukan beberapa pemain baharu lagi pada minggu depan.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, skuad Sang Penyu ketika ini dalam proses melengkapkan beberapa posisi diperlukan termasuk dalam kalangan pemain import.

“Selain pemain sedia ada, kita akan membawa masuk antara tiga atau empat pemain import baharu. Sebahagian (pemain import baharu) pernah bersama saya sebelum ini manakala selebihnya muka baharu,” katanya.

Bekas ketua jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan itu berkata, beliau menyahut cabaran bagi membentuk skuad TFC yang lebih stabil, konsisten dan mampu bersaing.

“Cabaran ini lebih besar dan berat. Kita bermula dari bawah, langkah demi langkah. Pasukan sedia ada sebenarnya sudah baik cuma perlu ditambah baik agar lebih stabil bagi menghadapi saingan musim depan,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah berpengalaman, Manuel Ott kembali menyertai TFC buat kali ketiga, selain beberapa bekas pemain yang pernah beraksi di bawah kendalian Nafuzi turut dikaitkan bakal kembali menyertai TFC termasuk penyerang,  Jordan Mintah dan pemain tengah Petrus Shitembi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN