fbpx
KUMPULAN Floor 88 bakal memeriahkan program 'Walk A Town With Me' Pahang 1st di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), Kuantan Ahad ini.

Program ‘brisk-walk’ Pahang 1st sasar 30,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Program berjalan kaki berskala besar, ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Pahang di sembilan lokasi di seluruh negeri ini menyasarkan penyertaan percuma seramai 30,000 peserta pada Ahad ini.

Lebih menarik lagi, sebagai pembuka tirai, kumpulan yang sinonim dengan lagu-lagu berjiwa rakyat, Floor 88 bakal memeriahkan program tersebut di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), di sini.

Pada program sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut meluangkan masa bersama-sama lautan rakyat Pahang untuk membudayakan aktiviti sihat.

Vokalis Floor 88, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah berkata, beliau berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan program yang membawa manfaat kepada masyarakat.

“Saya mengajak seluruh rakyat Pahang dan peminat Floor 88 untuk turun beramai-ramai menyertai ‘Walk A Town With Me’. Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

“Insya-Allah saya akan bersama Tok Wan (Wan Rosdy) pada 12 Julai di KOMBES, Kuantan dan saya harap dapat bertemu anda semua di sana. Jom kita sama-sama meriahkan program ini dan tunjukkan semangat rakyat Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program tersebut akan diadakan di sembilan lokasi terpilih antaranya Kuantan, Maran, Jengka, Bentong dan Kuala Lipis, sebelum diteruskan ke lokasi lain iaitu Pekan, Indera Mahkota, Bera dan Temerloh.

‘Walk A Town With Me’ dianjurkan sebagai platform yang menyatukan masyarakat Pahang daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang melalui aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan.

Pada masa sama, program ini bertujuan memperkenalkan budaya, warisan serta keunikan setiap daerah di negeri ini, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat cintakan Pahang dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti komuniti yang positif.

Selain menjadi medan untuk beriadah, program ini turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat dengan membudayakan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin harian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN