fbpx
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi itu di Lebuh Raya NKVE, Shah Alam malam tadi.

Mat rempit angkat motosikal lintas pembahagi jalan, longkang elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan nekad sekumpulan mat rempit mengangkat motosikal melintasi pembahagi jalan dan longkang demi meloloskan diri gagal apabila kawasan Plaza Tol Bukit Raja, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini digempur polis awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku ketika polis menjalankan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan selepas melakukan pemantauan dan risikan selama beberapa jam di lokasi berkenaan.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama JSPT Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Polis Selangor memaklumkan, pemeriksaan dilakukan terhadap 103 kenderaan dan 120 individu berusia antara 14 hingga 32 tahun.

“Sebanyak 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 41 motosikal disita untuk tindakan lanjut.

“AADK turut menjalankan 50 pemeriksaan saringan rambang dan merekodkan lapan tangkapan individu positif dadah,” katanya hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan dan sitaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut. Turut hadir dalam operasi itu ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan dan Ketua JSPT negeri, Superintendan Edward Kondokor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN