fbpx
AYDA mengakui suaminya, Nabil pandai menjaga dan mengambil hati anak kecil sehinggakan anak-anak rakan mereka juga sudah dianggap seperti anak sendiri.

‘Tolong bersabar nak tambah anak, saya masih trauma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan suaminya, Nabil Mahir gemar melayani anak-anak termasuk anak kenalannya.

Dedah Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 34, gelagat suaminya yang sangat mesra dan tidak kekok dengan kanak-kanak membuatkan mereka enggan pulang ke rumah.

“Suami saya ini dia memang suka betul jaga anak, bukan anak sendiri saja, anak orang lain pun macam anak dia.

“Mana dia dapat tenaga ya. Penat kalau tengok dia berlari-lari dengan budak-budak.

“Sampai anak kawan kita pun tak nak balik, mak ayah suruh tukar sajalah bin atau binti Ahmad Nabil,” katanya dalam Threads.

Dalam pada masa, pelantun lagu Pencuri Hati itu sempat berseloroh memberikan ‘lampu isyarat merah’ buat seketika  sekiranya Nabil merancang untuk menambah ahli keluarga dalam masa terdekat.

“Satu sajalah, tolong bersabar nak tambah anak.

“Sis (Ayda) masih trauma jahitan terbuka,” selorohnya.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ahmad Nabil Ahmad Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkongsian hidup tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, 4, Areesh Mateen, 2, dan Anggun Mikayla. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN