Gambar hiasan.

Banyakkan minum air, 17 kawasan panas tahap berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 17 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Berdasarkan status cuaca panas Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), rekod bacaan suhu maksimum yang dikemas kini pada pukul 6 pagi hari ini menunjukkan 11 kawasan di Semenanjung, lima di Sabah dan satu di Sarawak berada pada tahap berkenaan.

Di Semenanjung, kawasan terlibat ialah Larut & Matang, Kuala Kangsar, Kampar dan Batang Padang di Perak; Hulu Selangor dan Gombak di Selangor, Kuala Krai, Kelantan serta Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang.

Sementara itu, lima kawasan di Sabah yang berada pada Tahap 1 ialah Pitas, Beluran, Telupid, Sandakan dan Tenom, manakala Marudi menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang direkodkan berada pada tahap sama.

Mengikut kriteria MetMalaysia, Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila sesuatu kawasan merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, berdasarkan peta berkenaan, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) atau Tahap 3 (gelombang haba ekstrem).

Tahap 2 ditetapkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, manakala Tahap 3 apabila suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celsius untuk tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN