Gambar hiasan.

Sembilan negeri dijangka ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas di Semenanjung melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Pendang, Pokok Sena, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak pula membabitkan Kerian, Selama, Larut Matang, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya, hari ini,

MetMalaysia berkata, turut terjejas ialah Hulu Terengganu, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Betong (Saratok dan Kabong).

Di Sabah pula melibatkan Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Ranau, Tambunan, Membakut, Keningau dan Kinabatangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN