Anggota bomba ketika melakukan pemadaman kebakaran melibatkan lori membawa muatan LPG, hari ini.

[VIDEO] Sesak teruk sebelum Tol Kajang, lori LPG meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) terbakar dalam kejadian di Lebuh Raya SILK sebelum Tol Kajang menghala ke Seremban, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.44 petang itu, seorang kelindan lelaki mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.44 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi tiba di lokasi pukul 5.09 petang.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah lori tiga tan terbakar kira-kira 98 peratus.

“Lori berkenaan membawa muatan gas LPG dan seorang kelindan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) BBP Bangi memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kajang.

Katanya, operasi pemadaman sedang dijalanka pihak bomba bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya selain tiada risiko lain berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN