Tujuh nelayan Thailand dan Kemboja didenda keseluruhan RM21,000 atas kesalahan menyalah guna dadah jenis pil kuda dan syabu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tujuh nelayan Thailand, Kemboja positif dadah didenda RM21,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terjebak dadah, tujuh nelayan warga Thailand dan Kemboja didenda keseluruhan RM21,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff menjatuhkan hukuman denda itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Lima tertuduh warga Thailand ialah Samohlong Mr. Adun, Khade Mr. Sikifli, Aewae Mr. Iman, Dueramae Mr. Armeen dan Chuni Mr. Mahromerlee, manakala Les Sok dan Soh Salymin pula warga Kemboja.

Mengikut pertuduhan, kesemua awak-awak itu didakwa memasukkan amphetamine dan methamphetamine ke dalam tubuh mereka di perairan Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang, Kuala Nerus di sini pada 21 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, tujuh nelayan itu ditahan ketika pemeriksaan Maritim Malaysia yang melakukan operasi dengan Kapal Maritim Bagahak. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di mahkamah sama, dua nelayan warga Thailand iaitu Jehmae Mr. Arsu, 44, dan Samae Mr. Wisit, 65, masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 selepas didapati bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN