fbpx
TOM Holland akui pernah diugut akan ditinggalkan Zendaya jika dia menolak tawaran filem The Odyssey arahan Christopher Nolan.

Demi The Odyssey, Zendaya ugut mahu tinggalkan Tom Holland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal, Tom Holland mendedahkan, isterinya, Zendaya ‘mengugut’ untuk meninggalkan diri jika tidak menyahut tawaran membintangi filem The Odyssey arahan Christopher Nolan.

Perkara itu dikongsikan Tom ketika sesi temu bual bersama majalah People

“Satu hari pulang ke rumah selepas bertemu Chris. Saya beritahu Zendaya saya dapat dapat membintangi sebuah filem daripada seorang yang sangat berpengaruh. Dia tanya adakah tawaran tersebut datang daripada Christopher Nolan? Saya jawab, ya.

“Ketika itu kami berdua akan menjalani penggambaran filem Spider- Man yang terbaharu.

“Zendaya berkata, jika saya tidak terima tawaran membintangi The Odyssey, dia akan meninggalkan saya,” katanya sambil ketawa mengimbau semula detik itu.

Christopher yang turut berada ketika temu bual itu dilakukan kemudian membalas kenyataan Tom dengan berkata ‘terima kasih Zendaya’.

Lebih manis selepas Tom bersetuju membintangi filem tersebut, Zendaya juga turut ditawarkan membintangi filem yang sama membawakan watak Athena.

Filem The Odyssey yang turut dibintangi Matt Damon, Anne Hathaway, Charlize Theron, Robert Pattinson, Lupita Nyong’O dan Samantha Morton kini menjadi filem terhangat yang sedang ditayangkan di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN