fbpx
KRU Khoi Nguyen 18 diselamatkan selepas kapal mereka karam berhampiran Terumbu Fiery Cross, Laut China Selatan semalam. – X

Kapal kargo karam di Laut China Selatan, 17 kelasi hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Pasukan penyelamat masih mencari 17 orang yang hilang semalam selepas sebuah kapal kargo Vietnam membawa 62 orang karam di Laut China Selatan, kata Kementerian Luar Vietnam.

“Pihak berkuasa Vietnam tiba di tempat kejadian selepas kapal Khoi Nguyen 18 karam semasa beroperasi dalam cuaca buruk di Laut Timur,” kata jurucakap kementerian luar, Pham Thu Hang  kepada AFP.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan  yang dikenali sebagai Laut Timur di Vietnam.

Hang berkata, pasukan penyelamat Vietnam, dengan ‘sokongan pasukan penyelamat China, termasuk kapal dan helikopter’ dan kapal-kapal lain di lokasi kejadian telah menyelamatkan 45 daripada 62 orang, setakat 12 pukul tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Khoi Nguyen 18 karam berhampiran Terumbu Fiery Cross di Kepulauan Spratly, kata stesen penyiar China CCTV.

Terumbu Fiery Cross dikawal  Beijing tetapi turut dituntut oleh Hanoi dan Manila.

Operasi menyelamat turut disertai enam kapal China, sebuah helikopter serta sebuah kapal Vietnam.

Khoi Nguyen 18 ialah kapal kargo berdaftar Vietnam memiliki panjang kurang 70 meter. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN