fbpx
Salima (kiri) dan anaknya, Nor Azila menunjukkan gambar Azan yang dikhuatiri hilang dalam insiden bot karam di perairan Kemaman ketika ditemui di rumahnya di Kampung Geliga, Kemaman semalam. Gambar kecil: Nordin

Dua isteri risau bot suami karam di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – “Saya ingat suami tidak dapat dihubungi kerana botnya rosak, tak sangka pula rupa-rupanya bot dinaikinya karam dipukul ribut.”

Itu luahan Salima Abdullah, 65, isteri kepada tekong bot, Azan Muda, 68, yang dikhuatiri hilang bersama Nordin Mohammad, 61, dalam kejadian ribut di perairan Kemaman dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, Rabu lalu.

Cerita wanita itu, suaminya, Azan bersama dua nelayan iaitu Nordin dan Mahadi Jusoh, 51, yang keluar ke laut pada pagi Selasa lalu sepatutnya pulang pagi kelmarin.

“Biasanya suami akan ke laut tiga hari dua malam. Begitupun saya mula risau apabila dia tidak pulang pada pukul 10 pagi semalam (kelmarin) seperti dijadualkan.

“Tambah risau, dia gagal dihubungi malah botnya juga tiada di jeti. Pada mulanya saya ingatkan botnya rosak di laut kerana ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Geliga, di sini, semalam.

Dalam kejadian bot karam tersebut, seorang lagi nelayan, Mahadi Jusoh, 51, ditemui selamat oleh sekumpulan nelayan di perairan Kuantan, Pahang pukul 10.30 pagi kelmarin.

Salima berkata, dia hanya mengetahui bot suaminya karam apabila dimaklumkan salah seorang anaknya pada pukul 4 petang, kelmarin.

Dia berkata, berita buruk itu dimaklumkan Mahadi yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan, Pahang selepas diselamatkan kepada anaknya.

“Apapun, naluri saya percaya suami (Azan) selamat kerana dia mahir berenang dan berpengalaman bekerja sebagai juruselam ketika muda,” katanya.

Sementara itu, Nor Azizah Rani, 45, yang merupakan isteri kepada Nordin juga menaruh harapan tinggi agar suaminya ditemui selamat.

“Kali terakhir saya jumpa suami pada pagi Selasa lalu, sebelum dia turun ke laut. Biasanya kalau suami di laut, kami jarang berhubung kerana tiada liputan te­lekomunikasi. Saya harap sangat suami dapat ditemui selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN