fbpx
Mohamed Khaled ketika menghadiri Program Kesejahteraan Warga ATM Zon Selatan di Kem Sirusa, Port Dickson hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Kerjasama kerajaan pusat bukan ‘kontrak sampai mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Kerjasama antara parti-parti politik bagi membentuk Kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya umum (PRU) bukanlah ‘kontrak sampai mati’, sebaliknya satu persefahaman bagi memastikan negara mempunyai kerajaan yang stabil.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama itu dimeterai ketika negara memerlukan sebuah kerajaan yang mampu mentadbir selepas PRU dan ia tidak seharusnya dianggap mengikat parti-parti politik selama-lamanya.

Menurutnya yang merupakan Naib Presiden UMNO, apabila tiba masanya rakyat diberi peluang membuat pilihan semula menerusi pilihan raya, setiap parti berhak kembali mendapatkan mandat daripada pengundi.

“Saya percaya apabila ada pilihan raya dan apabila kita wujudkan kerajaan di peringkat pusat, itu adalah satu kerjasama yang dipersetujui dan ditandatangani untuk membentuk kerajaan,” katanya ketika mengulas mengenai isu serangan demi serangan ke atas Barisan Nasional dalam pilihan raya seolah-olah tidak menjaga Kerajaan Perpaduan.

Mohamed Khaled ketika menghadiri Program Kesejahteraan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Sirusa, di sini hari ini berkata, semua pihak perlu memahami bahawa kerjasama tersebut lahir daripada keperluan semasa demi memastikan negara tidak berdepan kekosongan pentadbiran.

“Apabila tiba masanya untuk kembali kepada rakyat bagi mereka membuat keputusan, maka pelbagai parti menawarkan diri untuk mendapatkan semula mandat. Biarlah rakyat yang membuat keputusan dalam soal ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN