fbpx
Allahyarham Salahuddin dan Hannah Yeoh.

Hannah sebak kenang tiga tahun pemergian Salahuddin Ayub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengenang pemergian sahabatnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang genap tiga tahun meninggal dunia hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Hannah berkata, meskipun tiga tahun telah berlalu, masih banyak perkara yang mengingatkannya kepada Allahyarham.

“Dalam setiap krisis politik, saya akan terfikir, apakah yang mungkin Salahuddin lakukan dalam situasi ini?

“Setiap kali saya merancang sesuatu program, saya juga akan teringat konsep Rahmah yang dibawanya. Saya akan cuba mencari ‘opsyen Rahmah’ supaya lebih ramai rakyat khususnya mereka yang kurang berupaya, dapat turut serta dan menerima manfaat,” katanya.

Menurut Hannah, Allahyarham pernah mengajarnya bahawa konsep Rahmah membawa maksud kurniaan tanpa syarat serta belas kasihan yang melimpah, selain sentiasa mengingatkannya supaya membantu golongan yang paling memerlukan.

“Beliau pernah berkata, di Malaysia tidak sepatutnya ada sesiapa yang kelaparan. Negara ini mempunyai pelbagai sumber, rakyat yang rajin, ramai orang baik yang sudi membantu dan pada masa yang sama, terlalu banyak pembaziran berlaku setiap hari.

“Kita hanya perlu memikirkan mereka yang tidak berupaya. Kemudian, bantu. Itulah Salahuddin. Beliau sentiasa mengingati mereka yang paling memerlukan bantuan,” ujarnya.

Hannah berkata, kehilangan Allahyarham masih dirasai sehingga kini dan menyifatkan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu sebagai seorang insan yang tiada gantinya.

“Ramai ahli politik datang dan pergi tetapi jarang ada yang meninggalkan nama, nilai dan kenangan yang begitu mendalam seperti Salahuddin Ayub.

“Sahabat saya, anda amat dirindui. Mata saya masih basah setiap kali mengenangkan Salahuddin. Ada kehilangan yang masa tidak mampu sembuhkan sepenuhnya. Kita hanya belajar meneruskan hidup sambil membawa kenangan itu bersama. Beliau tiada ganti,” katanya.

Pada 23 Julai 2023, Kosmo! melaporkan bekas Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam.

Salahuddin, 61, disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN