SIAPA sangka, hobi berbasikal telah membawa 12 warga Brunei menyeberangi Laut China Selatan demi mengukuhkan ukhuwah dengan ahli kelab berbasikal Otai Cycling Sijangkang (OCS) di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Banting Selangor. Demi memperkukuh ukhuwah dua kumpulan yang mempunyai minat yang sama, lautan luas bukanlah pemisah dan menjadi masalah yang besar. Maka, kesemua basikal tersayang dibawa dengan kapal terbang sebagai pengangkutan ke Semenanjung Malaysia bagi memastikan program kayuhan basikal dapat dijayakan. Bak bidalan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, itulah……














