fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh netizen di laman Threads.

Kemalangan berturut-turut punca lebuh raya arah selatan sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga kemalangan yang berlaku hampir serentak di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Seremban mengakibatkan aliran trafik sesak teruk sehingga tular di media sosial hari ini.

Menerusi hantaran di laman Threads, pengguna @_Nurulxishxh mendakwa berlaku tiga kemalangan berasingan membabitkan dua lori dan sebuah kereta selain memaklumkan keadaan jalan licin selepas hujan.

“Dimaklumkan berlaku tiga kemalangan di laluan arah selatan melibatkan dua lori dan sebuah kereta. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati kerana keadaan jalan licin selepas hujan. Saya hanya sempat mengambil gambar di satu lokasi sahaja,” katanya.

Seorang lagi pengguna Threads, @Miera_nanami, turut memuat naik gambar keadaan trafik yang sesak berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban sambil memaklumkan dia terperangkap dalam kesesakan hampir 50 minit.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kemas kini di Facebook mengesahkan berlaku kemalangan di Kilometer (KM) 268.5 arah selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.

Menurut LLM, susulan kemalangan itu, lorong kanan arah selatan masih ditutup menyebabkan trafik bergerak perlahan.
“Susulan kemalangan di KM268.5 (lokasi tepat) arah selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.

“Status terkini, lorong kanan arah selatan masih ditutup. Trafik bergerak perlahan,” katanya.

Tambahnya, kemalangan itu turut menghalang lorong kanan dan lorong tengah, sekali gus menyebabkan kesesakan panjang dari Bandar Baru Nilai menghala ke Bandar Ainsdale. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN