fbpx
TANGKAP layar insiden pergaduhan sekumpulan penyokong ketika menyaksikan perlawanan final Piala Dunia di sebuah restoran di Taman Daya, Johor Bahru, awal pagi tadi.

[VIDEO] 12 ditahan bergaduh ketika tonton final Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kemeriahan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Daya di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, pergaduhan berkenaan turut tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan beberapa individu bergaduh menggunakan objek dipercayai senjata.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sebelum laporan maklumat pertama dibuka bagi menjalankan siasatan.

Menurutnya, hasil tindakan pantas polis, seramai 12 lelaki warga tempatan berusia antara 15 hingga 38 tahun berjaya diberkas dalam beberapa serbuan di sekitar Taman Setia Indah antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi hari yang sama.

“Polis turut mengesan satu video tular dimuat naik di Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan tersebut.

“Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan dan kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Motif sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada perselisihan faham ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN