fbpx
Hantaran dikongsikan Rosmah berhubung Najib jalani prosedur buang plak berhampiran saluran darah satu prosedur perubatan yang dijalani oleh Najib.

Najib jalani prosedur buang plak berhampiran saluran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terdapat berhampiran saluran darah.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor pada hantaran Facebook hari ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi kami, bertanya khabar serta menitipkan doa dan kata-kata semangat buat suami saya.

“Saya amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh sahabat-handai, rakan-rakan serta para penyokong beliau,” katanya.

Beliau turut memohon doa supaya Allah mempermudah urusan dan prosedur dijalani oleh Najib.

“Dalam saat ini, saya memohon agar semua terus mendoakan semoga segala urusan dan prosedur yang bakal dijalani beliau dipermudahkan, berjalan dengan lancar dan beliau dikurniakan kesihatan serta kekuatan.

“Terima kasih atas ingatan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus.
Semoga Allah SWT melindungi beliau dan mengurniakan yang terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN